Khamis, 1 November 2012

Kata Kerja


1. Kata Kerja ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.
2. Kebanyakan kata kerja disertai dengan imbuhan "beR-","meN-","teR-" dan lain-lain lagi.
3. Terdapat dua jenis kata kerja, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
4. Kata kerja Transitif ialah kata yang mesti disertai dengan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya : Sharif menendang bola itu. (kata kerja menendang tidak lengkap maksudnya sekiranya  tidak disertai objek iaitu bola.)
5. Kata kerja tak transitif ialah kata yang sudah jelas maksudnya tanpa disertai objek.Contohnya : Kakak sedang belajar.(kata kerja belajar jelas menunjukkan perbuatan tanpa memerlukan objek sebagai pelengkapnya.)


Kesalahan Lazim Tatabahasa


1. Kesalahan ini sering berlaku sehingga menjadi kebiasaan dalam percakapan harian.
            a.       Irfan tangkap seekor belalang. (X)
            b.      Irfan menangkap seekor belalang. (√)
2.  Kata kerja transitif tidak bolah dipisahkan daripada objek yang menjadi pelengkapnya.
            a.       Idris menendang ke padang bola itu. (X)
            b.      Idris menendang bola itu ke padang. (√)

Latihan Tambahan : http://pkgseriampang.org/sal/bm_sm/smkbm7.HTM

9 ulasan:

  1. Penjelasan yang diberikan adalah amat memuaskan dan padan dengan keadaan semasa P&P dalam kelas.

    BalasPadam
  2. Penjelasan tentang tatabahasa yang lengkap dan baik. Kesalahan lazim tatabahasa yang telah dikemukakan juga membolehkan murid lebih memahami tatabahasa tersebut dan membolehkan mereka membina ayat yang lebih gramatis yang betul dari segi struktur ayat.

    BalasPadam
  3. Ulasan jawapan membantu pelajar menguasai konsep dengan betul.
    kata-kata membina selepas menjawab turut membina keyakinan pelajar.

    BalasPadam
  4. penjelasan perlu dilengkapkan lagi.

    BalasPadam
  5. Penjelasan memuaskan dan boleh ditambah lagi.

    BalasPadam
  6. Penerangan tentang kata kerja jelas dan latihan yang disediakan boleh dijadikan sebagai pengukuhan.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penerangan yang jelas. Penerangan ini akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan.

      Padam
  8. Penerangan di atas amat jelas dan mudah difahami oleh pelajar semasa P&P dijalankan.

    BalasPadam