Isnin, 29 Oktober 2012

Penggunaan ICT untuk P&P



Hari ini saya telah menggunakan bantuan ICT untuk melaksanakan P&P. Dalam sepanjang proses P&P, saya mendapati murid agak tertarik dengan bahan-bahan yang disediakan. Murid boleh mengingat dengan lebih kukuh mengenai isi yang telah diterangkan. Berbanding dengan hari-hari baisa, saya perlu membuat ulangan beberapa kali barulah mereka dapat menangkap apa yang sedang diterangkan. 

Secara amnya, manfaat Penggunaan ICT dalam P&P tersenarai seperti di bawah:
a. berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. 
b. memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan 
c. meningkatkan motivasi murid
d. membolehkan pembelajaran bersendiri
e. membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan 
f.  mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
g. meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
h. memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
i.  meningkatkan kemahiran ICT

Rabu, 24 Oktober 2012

Penggunaan ICT dalam Pendidikan



Apakah maksud Penggunaan ICT dalam P&P?

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa. ia dapat meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.