Rabu, 5 Disember 2012

Penjodoh Bilangan

angkatan : tentera, polis, sasterawan
bakul : buah, telur, sayur
baris : ayat, pokok, murid, kedai
batang : pembaris, pen, sungai, jalan, gigi
bentuk : cincin, mata kail, subang
berkas : kayu, buluh, lidi, rotan
bidang : tanah, kain, sawah
biji : bola, guli, cawan
bilah : jarum, pisau, keris, lembing
buah : komputer, rumah, bas, pulau, syarikat, negara, lagu, puisi
buku : roti, sabun, benang
butir : pasir, peluru, permata, manik
carik : kertas, perca kain
cebis : kertas, perca kain
cekak : padi, rumput, daun sirih
cubit : garam, gula, tepung ubi, nasi
cucuk : sate, bebola ikan, nangka
das : tembakan, letupan
deret : kedai, rumah, pokok, tiang
ekor : burung, kuda, ikan, kucing
gelung : benang, tali, dawai, rotan
gemal : padi, rumput
genggam : beras, kacang merah, pasir
gerombolan : perompak, samseng, penjahat
gugus : anggur, kunci, pinang, pulau
gulung : kertas, kain, filem, tikar
gumpal : tembakau, kapas
helai : bawang, timun, asam gelugur
hidang : lauk, kuih, makanan

CUBALAH LATIHAN BERIKUT
latihan penjodoh bilangan 1
latihan penjodoh bilangan 2
latihan penjodoh bilangan 3

Selasa, 27 November 2012

Latihan Dua

Pilih perkataan berimbuhan yang betul.

1. Adik telah (melepasi, melepaskan, melepas) seekor anjing yang tersepit.
2. Azian akan (mengikut, mengikuti, mengikutkan) kursus di Tanah Tinggi selama sebulan.
3. Chee Kong (menendangi, menendang, menendangkan) bola itu dengan kuat.
4. Aktiviti (mengindahkan,mengindahi, mengindah) kawasan sekolah sedang dipergiat.
5. Minah (menghadiahkan, menghadiahi, menghadiah) ibunya sebentuk cincin emas.
6. Salim Ikhwan (menjajai, menjaja, menjajakan) pisang goreng di pasar.
7. Susan (memarah, memarahkan, memarahi) adik atas sikap malasnya.
8. Mekanik itu yang (membaiki, membaik, membaikkan) basikal saya.
9. (Mengarang, Mengarangkan, Mengarangi) ialah hobi Arasad.
10.Ibu (membancuhi, membancuh, membancuhkan) adik sebotol susu.

Jawapan : melepaskan, mengikuti, menendang, mengindahkan, menghadiahi, menjaja, memarahi, membaiki, mengarang, membancuhkan

Ahad, 18 November 2012

Kata Ganda Berimbuhan

1. Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang mempunyai imbuhan.
2. Imbuhan ini boleh diletakkan pada :
    A) awal kata ganda
    B) akhir kata ganda
    C) awal dan akhir kata ganda
    D) tengah atau sisipan
3. Pembentukan kata ganda berimbuhan :
    A) awalan : bersusah-payah, seberat-berat, tari-menari, tolak-menolak
    B) akhiran : ubat-ubatan, orang-orangan, rupa-rupanya, wangi-wangian
    C) apitan   : kebudak-budakan, ziarah-menziarahi, kebiru-biruan, melambat-lambatkan
    D) sisipan  : turun-temurun, gilang-gemilang, tulang-temulang

Khamis, 15 November 2012

Penulisan

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. 

           Hanizah berasa bimbang. Keputusan peperiksaannya benar-benar mendukacitakan. Dia termenung melihat keputusan peperiksaannya. Dia benar-benar tidak menjangka dia akan memperoleh keputusan begitu.

          "Hanizah, ikut saya pergi ke bilik guru," kata Cikgu Mariam kepada Hanizah.
       
           Setibanya di bilik guru, Cikgu Mariam mempersilakan Hanizah duduk. Hanizah mengucapkan terima kasih kepada gurunya. Cikgu Mariam kemudiannya mula berbicara. Dia menasihati Hanizah supaya belajar bersungguh-sungguh. Hanizah tahu kegagalannya berpunca daripada dirinya sendiri. Dia terlalu banyak bermain. Dia mengucapkan terima kasih kepada gurunya. Dia berjanji akan mengubah sikapnya dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.


Jawapan contoh : 
           Nilai yang dapat diperoleh daripada petikan ialah pertama jangan bersikap terlalu yakin. Kedua, menghormati guru, iaitu mematuhi segala permintaan guru. Ketiga, berbudi bahasa, iaitu mengucapkan terima kasih kepada guru setelah mendapat layanan yang baik. Keempat, kita hendaklah mendengar nasihat yang baik terutamanya nasihat daripada guru. Kelima, kita hendaklah berani mengakui kesalahan. Kesimpulannya, kita perlu bangkit daripada kegagalan untuk memperoleh kejayaan. 

Ahad, 11 November 2012

Latihan Satu


Berdasarkan gambar, tulis aktiviti yang dijalankan pada Hari Kantin Sekolah






 Jawapan Contoh : 
                   1. Menjual buku                   2. Menjual makanan dan minuman
3. Pertunjukan ular               4. Pameran antidadah