Isnin, 29 Oktober 2012

Penggunaan ICT untuk P&P



Hari ini saya telah menggunakan bantuan ICT untuk melaksanakan P&P. Dalam sepanjang proses P&P, saya mendapati murid agak tertarik dengan bahan-bahan yang disediakan. Murid boleh mengingat dengan lebih kukuh mengenai isi yang telah diterangkan. Berbanding dengan hari-hari baisa, saya perlu membuat ulangan beberapa kali barulah mereka dapat menangkap apa yang sedang diterangkan. 

Secara amnya, manfaat Penggunaan ICT dalam P&P tersenarai seperti di bawah:
a. berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. 
b. memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan 
c. meningkatkan motivasi murid
d. membolehkan pembelajaran bersendiri
e. membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan 
f.  mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
g. meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
h. memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
i.  meningkatkan kemahiran ICT

3 ulasan:

  1. Sekiranya, interaksi murid dan guru berlaku maka manfaat ICT dapat diwujudkan. Akan tetapi, sebagai guru kita haruusla selalu mencabar diri tentang tahap kemajuan kita dalam ICT

    BalasPadam
  2. percubaan yang bagus. penggunaan ICT dalam proses P&P memang dapat mempertingkatkan keberkesanan P&P tetapi ia agak memakan masa yang panjang dalam peringkat persediaan. berharap kamu boleh membiasakan diri dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran kamu.

    BalasPadam
  3. Penggunaan ICT dlm proses P&P blh meningkatkan hasil pembelajaran murid.Teruskan usaha anda utk meningkatkan kemahiran ICT demi kebaikan murid kita.

    BalasPadam