Khamis, 15 November 2012

Penulisan

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. 

           Hanizah berasa bimbang. Keputusan peperiksaannya benar-benar mendukacitakan. Dia termenung melihat keputusan peperiksaannya. Dia benar-benar tidak menjangka dia akan memperoleh keputusan begitu.

          "Hanizah, ikut saya pergi ke bilik guru," kata Cikgu Mariam kepada Hanizah.
       
           Setibanya di bilik guru, Cikgu Mariam mempersilakan Hanizah duduk. Hanizah mengucapkan terima kasih kepada gurunya. Cikgu Mariam kemudiannya mula berbicara. Dia menasihati Hanizah supaya belajar bersungguh-sungguh. Hanizah tahu kegagalannya berpunca daripada dirinya sendiri. Dia terlalu banyak bermain. Dia mengucapkan terima kasih kepada gurunya. Dia berjanji akan mengubah sikapnya dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran.


Jawapan contoh : 
           Nilai yang dapat diperoleh daripada petikan ialah pertama jangan bersikap terlalu yakin. Kedua, menghormati guru, iaitu mematuhi segala permintaan guru. Ketiga, berbudi bahasa, iaitu mengucapkan terima kasih kepada guru setelah mendapat layanan yang baik. Keempat, kita hendaklah mendengar nasihat yang baik terutamanya nasihat daripada guru. Kelima, kita hendaklah berani mengakui kesalahan. Kesimpulannya, kita perlu bangkit daripada kegagalan untuk memperoleh kejayaan. 

3 ulasan:

  1. adalha lebih bagus jika bahagian yang mengandungi nilai murni digariskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas cadangan saudari ! Saya akan cuba meningkatkan kualiti blog saya ini !

      Padam
  2. Ayat yang gramatis dan mudah difahami.

    BalasPadam